HashFlare

satoshilabsPertama kali Sifu dipanggil melalui email dari Jack, Product Development dari SatoshiLabs untuk membuat review mengenai Trezor, Wallet Hardware Bitcoin. Jack sangat yakin dengan Sifu untuk membuat review dengan harapan Sifu dapat membuka pasaran Bitcoin di dalam Malaysia & Sifu berharap pengetahuan & penggunaan Bitcoin di Malaysia akan menjadi lebih meluas.

Trezor adalah Wallet Hardware Bitcoin yang dihasilkan oleh SatoshiLabs. Ia adalah produk fizikal yang direka untuk melindungi private key wallet Bitcoin supaya mereka tidak disimpan pada komputer berpotensi yang terdedah dan untuk menyediakan kawalan akses supaya hanya pengguna yang diberi kuasa boleh memberi kesan transaksi dari wallet Bitcoin yang dilindungi.

trezor_whiteSebagai Wallet Hardware, Trezor menyimpan Private Key yang digunakan untuk log transaksi Bitcoin. Oleh itu ia melakukan pekerjaan yang agak baik dan mempunyai beberapa ciri-ciri keselamatan yang menarik direka untuk menghentikan gangguan praktikal mudah dan ia tidak berkongsi key dengan platform yang disambung. Semua pengesahan transaksi yang berlaku pada peranti itu sendiri dan ia memproses input dan output serta memerlukan campur tangan dari pengguna (melalui butang) sebelum hardware melengkapkan transaksi.

Sebelum Sifu menceritakan bagaimana mahu menggunakan Trezor, mari Sifu terangkan ciri-ciri Trezor yang mungkin sesuai untuk anda gunakan sebagai wallet Bitcoin harian anda.

Menggunakan TREZOR Dengan Wallet Bitcoin Sedia Ada

Ia menyatakan bahawa boleh menggunakan Trezor dengan Wallet web myTrezor.com atau mana-mana wallet “Serasi-Trezor” aka Trezor Apps.

trezor-9

Menggunakan TREZOR Dengan Perkhidmatan Online

Website berikut membenarkan anda daftar masuk menggunakan sedikit kata laluan dengan selamat menggunakan TREZOR atau perkhidmatan lain yang berkaitan dengan Bitcoin, contohnya mewujudkan invois daripada akaun TREZOR anda. Lihat pada senarai perkhidmatan yang boleh menggunakan Trezor sebagai gantian kata laluan anda.

Trezor

Kembalikan Dana Tanpa Hardware TREZOR

Kalau hardware TREZOR anda akan hilang atau rosak, anda boleh mengakses bitcoin anda dengan cepat menggunakan “Recovery Seed” anda dan salah satu wallet berikut:

Trezor – Wallet Hardware Bitcoin

Bungkusan Trezor tiba agak sedikit nipis & kecil. Dari alamat adalah di Republik Czech, dan ini parcel pertama yang pernah Sifu pernah terima dari sana sepanjang hidup Sifu. Pembungkusan mempunyai pelekat tahan gangguan di tepi kotak yang perlu dipotong untuk membuka dan keluarkan hardware dan semua kandungan. Di dalam, Sifu mendapati satu set arahan di atas sekeping kertas, kabel USB jingga, dan Trezor. Di luar kotak (dilihat dalam gambar-gambar) Saya juga menerima kabel USB yang lebih panjang hitam, lihat di bawah.

Trezor - Wallet Hardware Bitcoin - Sifu Bitcoin

Hardware Trezor adalah kecil dan sangat ringan. Ia diperbuat daripada bahan plastik. Peranti ini juga tiba dengan dua kabel USB, satu jingga dan satu hitam; kabel hitam datang dengan nota meminta Sifu untuk menggunakannya pertamakali jika “experiencing an issue with my TREZOR device.”

Skrin di TREZOR adalah bercahaya dan mempunyai resolusi yang agak baik untuk hardware kecil itu. Anda mungkin ingin membeli kabel USB mikro yang lebih panjang untuk membuat ia lebih mudah untuk berinteraksi dengan butang yang RAZOR apabila ia memerlukan input.

Setup

Pertama, kita harus menggunakan komputer atau laptop untuk mengaktifkan akaun wallet Bitcoin dengan menggunakan Trezor Extension pluggin google chrome. Apabila sudah install, buka applikasi itu dan plugin Hardware Trezor anda. Harus diingatkan anda tidak akan dapat akses applikasi ini jika anda tidak plug-in Trezor anda.

photo_2016-01-27_16-34-25

1

Dari sini Sifu perasan yang firmware Trezor yang Sifu dapat bukan update terbaru. Jadi dengan sifat Up-To-Date & gatal tangan, Sifu update firmware Trezor walaupun masih belum sempat setup akaun Trezor. Sifu syorkan update firmware Trezor kerana anda mungkin mendapat lebih ciri-ciri terbaru dari Trezor seperti mereka telah enable SSH login.

2

Caranya sangat mudah, hanya perlu unplug & sambil menekan dua butang pada Trezor
kemudian plug-in semula dengan applikasi masih dibuka.

3

photo_2016-01-27_16-36-24

Bila sudah selesai update firmware terbaru. Akan keluar seperti ini. Sedikit pengesahan fingerprint untuk Hardware Trezor anda. Jika kod yang dipaparkan pada applikasi sama seperti di Trezor anda, tekan butang “confirm”.

4

photo_2016-01-27_16-50-11

photo_2016-01-27_17-08-47

Kemudian, unplug & plug-in semula Hardware Trezor anda. Anda akan dapat lihat applikasi anda tiada lagi notifikasi untuk update firmware. Anda boleh menukar Device label dengan nama yang anda suka, semestinya Sifu akan meletakkan “Sifu Bitcoin” sebagai label di Trezor Sifu. Kemudia tekan “Continue”.

5

Applikasi akan memaparkan pin kod yang tidak kelihatan, Sifu agak heran juga pada awalnya. Kemudian Sifu terpandang pada Trezor & ia memaparkan pin kod secara rawak. Set kan pin kod anda sebanyak yang mungkin, mestilah berdasar kan nombor yang tertera pada Trezor anda. Jika anda memasukkan 123456789, sila ikut nombor pin kod di Trezor dan klik pada aplikasi dengan sususan yang diberikan pada Trezor (setiap kali pin akan keluar secara rawak), ini sangat bagus untuk mengelakkan key sniffer (hacker yang boleh membaca keyboard kita dengan tetapan tertentu).

6

photo_2016-01-27_16-57-14

Ya, sudah sampai untuk tetapan Brain Seed. Brain Seed adalah 12-24 perkataan rawak yang cipta untuk menggantikan password. Tentu tiada siapa dapat meneka 24 patah perkataan untuk membuka akaun Trezor anda. Trezor menyediakan kertas “Recovery Seed”, anda disarankan untuk menulis setiap patah perkataan yang keluar pada Trezor anda di kertas yang disediakan, jika anda kehilangan Hardware Wallet Trezor atau rosak, anda dapat membuka semula akaun Trezor anda dengan Brain Seed tersebut. Pastikan anda tidak menghilangkan Recovery Seed itu & tidak simpan semua patah perkataan tersebut didalam komputer, takut kalau hacker dapat mengakses file anda dan cuba untuk membuka akaun Trezor anda.

8

photo_2016-01-27_17-08-34

Maka selesai la Setup akaun Wallet Bitcoin Trezor anda.

9

10

Untuk mengekses akaun Wallet Trezor, tekan sahaja di atas kanan applikasi “go to myTrezor” atau terus ke www.mytrezor.com. Jika anda sudah plug-in Trezor anda, website ini akan paperkan pin kod dan anda perlu masukkan pin kod yang anda telah set mengikut susunan pada Hardware Trezor anda. Hanya dengan plug-in Trezor sahaja website ini akan dapat buka akaun Wallet Bitcoin.

11

Jika padanan Trezor & pinkod tersebut sama dengan tetapan, anda akan berjaya mengekses akaun Wallet Bitcoin anda. Di dalam website ini terdapat menu Transaksi, Terima, Hantar, Sign & Verify.

12

15

16

17

Jika anda tekan pada Device Label anda, seperti saya “Sifu Bitcoin”. Anda akan melihat Wallet setting untuk akaun Trezor anda. Seperti menukar PIN, menukar nama label, menukar logo pada skrin Hardware Trezor & menukar passphrase anda.

18

19

20

Website wallet Trezor agak basic & simple. Senang untuk kita uruskan Bitcoin kita. Jika kita mahu logout dari akaun website tersebut, anda cuma perlu unplug Trezor anda dari komputer @ laptop anda. Dan ia akan keluar seperti dibawah, Sifu syorkan anda tekan “Forget”, supaya anda logout terus dari website tersebut tanpa meninggalkan cache dari orang dapat mengakses website tersebut.

13

Terima Bitcoin

Website MyTrezor.com menghasilkan Bitcoin Address atas permintaan untuk menerima Bitcoin. Ia memaparkan satu Address yang pada satu masa (banyak lagi yang boleh diminta) serta kod QR. Jika anda menekan salah satu dari Bitcoin Address di dalam akaun MyTrezor.com, ia akan memaparkan Bitcoin Address tersebut di website & di Hardware Trezor anda untuk memastikan alamat tersebut sama atau pun tidak. Ini sangat unik kerana jika di website tidak sama dengan apa yang tertera di Trezor anda, anda mungkin tidak akan mendapat transaksi Bitcoin tersebut. Ini adalah ciri yang sangat canggih bagi Sifu untuk pengesahan Bitcoin Address walaupun untuk menerima transaksi Bitcoin dari orang lain.

photo_2016-01-29_11-07-32

Screenshot_14

Selepas anda menerima transaksi Bitcoin, Bitcoin address baru akan muncul. Anda masuk boleh melihat Bitcoin address tersebut di menu “Receive”. Anda mungkin akan menerima transaksi Bitcoin pada alamat sebelum itu, tetapi MyTrezor.com telah menukar Bitcoin address anda kepada yang baru, jangan risau, anda tetap akan dapat Bitcoin itu walaupun Bitcoin address itu tidak dilihat pada menu “Receive”, ia hanya disorokkan & memberi Bitcoin Address yang baru kerana untuk memastikan keselamatan Bitcoin anda.

Screenshot_15

 

Hantar Bitcoin

Klik pada “Hantar” tab, masukkan alamat, dan masukkan jumlah.

Laman menghantar automatik akan mengira yuran, dan menyenaraikan alamat input dan output.

Untuk mendaftar dan menyiarkan transaksi Bitcoin, website MyTrezor.com akan memaparkan 3×3 pin, dengan nombor rawak dipaparkan pada Hardware Trezor.

Untuk pengesahan muktamad, Hardware Trezor diperlukan untuk mengesahkan dua kali. Pertama, ia meminta untuk mengesahkan Bitcoin address yang dituju untuk dihantar dengan memaparkannya di skrin PC dan memaparkan address yang sama pada Trezor. Butang kiri adalah “BATAL” dan kanan adalah “CONFIRM”. Kali kedua ia meminta untuk mengesahkan jumlah.

Selepas itu transaksi muncul pada website MyTrezor.com dan menunjukkan bahawa anda telah menghantar Bitcoin anda.

Tip: Masih ingat jika anda menukar Bitcoin address anda dengan Netki, anda juga boleh menggunakan atau memberi nama Bitcoin anda seperti “tip.sifubitcoin.bit” daripada memberikan address penuh Bitcoin anda sebagai ganti. MyTrezor.com menyokong nama domain Bitcoin yang dipendekkan oleh Netki.

Screenshot_16

photo_2016-01-29_11-58-28

photo_2016-01-29_11-59-08

photo_2016-01-29_11-59-58

Screenshot_17

Kesimpulan

Jika dibandingkan dengan Wallet website seperti Blockchain.info, Coinbase, Coinbox dan lain-lain, kemungkinan akaun kita boleh digodam (hack) walaupun kita membuat kata laluan yang sukar dan panjang serta membuat Google Auth sekalipun, risiko akaun di hack adalah 50%-50% berbanding jika kita mempunyai akaun wallet Bitcoin secara offline.

Disini terciptalah hardware Trezor yang menyimpan Bitcoin kita secara offline. Dimana setiap transaksi memerlukan pengesahan dari hardware Trezor anda dahulu sebelum transaksi keluar, walaupun akaun wallet anda dapat di hack, tetapi tanpa pengesahan dari Trezor anda, tidak mungkin transaksi akan berjaya di umumkan pada rangkaian blockchain. Setiap private key akaun Trezor hanya akan disimpan didalam memory Trezor sahaja & tidak mungkin orang berjaya cuba mendapatkan private key bitcoin anda jika key tersebut ada pada hardware Trezor yang anda simpan secara offline & hanya menggunakan ia bila mahu membuat transaksi keluar.

TrezorAffAd_336x280Sifu sangat mengesyorkan penggunaan Trezor jika anda seorang yang sangat mementingkan keselamatan akaun Bitcoin anda. Walapun agak leceh sedikit dimana setiap kali mahu mengekses akaun Bitcoin dan membuat transaksi keluar, anda perlu plugin Trezor dan klik pada butang Trezor pada setiap transaksi. Tetapi rutin yang leceh itulah langkah paling selamat untuk melindungi Bitcoin anda dari di hack oleh sesiapa sahaja.

Untuk harga hanya $99, Trezor adalah Hardware Wallet Bitcoin yang MESTI ADA. Dapatkan Trezor sekarang!

HashFlare

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here