HashFlare

Review Hardware Wallet : KeepKey

Hardware Wallet : KeepKey - Sifu BitcoinKeepKey adalah dompet (“wallet”) Bitcoin mudah yang sangat selamat. Ia melindungi dana anda dari penggodam dan pencuri.

KeepKey berfungsi dengan perisian wallet Bitcoin pada komputer anda dengan mengambil alih pengurusan generasi kunci persendirian (“private key”), penyimpanan private key, dan menandatangani transaksi.


 

PENGAWALAN

KeepKey menjana private key Bitcoin anda menggunakan generator nombor rawak berasaskan perkakasan, digabungkan dengan kerawakan yang disediakan oleh komputer anda.

BACKUP

Sebaik sahaja private key anda dihasilkan, anda diberi peluang sekali sahaja untuk menulis backup KeepKey anda dalam bentuk dua belas perkataan pemulihan.

PENYIMPANAN SELAMAT

Private key anda disimpan dengan selamat pada KeepKey anda, tidak akan keluar dari peranti. KeepKey anda adalah dilindungi PIN, yang menjadikan ia sia-sia jika KeepKey anda diambil oleh orang lain.

TRANSAKSI

Paparan besar KeepKey ini memberikan penjelasan kepada setiap transaksi Bitcoin yang akan dibuat. Setiap transaksi hendaklah diluluskan secara manual menggunakan butang pengesahan KeepKey.

PEMULIHAN

Jika KeepKey anda hilang atau dicuri, anda boleh memulihkan peranti anda dengan selamat tanpa menjejaskan private key didalamnya.

CIRI-CIRI

  1. Sumber-terbuka (Open-source)
  2. Menyokong AltCoin
  3. Disokong oleh client termasuk Electrum dan MultiBit
  4. Kalis Virus dan Malware
  5. Boleh digunakan di PC, Mac, dan Linux

 

SPESIFIKASI

Bahan:

  • Sarung Anodized Aluminum
  • Hadapan Polycarbonate

Teknikal:

  • USB HID
  • Micro-USB
  • ARM® Cortex™-M3
  • TRNG (Penjana Nombor Rawak Berasaskan Hardware)
  • 256×64 3.12″ OLED

Ukuran:

  • Height: 38.0 mm
  • Width: 93.5 mm
  • Depth: 12.2 mm

Apa Didalam Kotak:

  • KeepKey
  • Kabel USB Woven Nylon
  • Kad Pemulihan Perkataan Backup
  • Kulit asli bekas Kad Backup
  • Panduan Ringkas

 

Memulakan KeepKey anda

Sebelum anda boleh menggunakan KeepKey untuk mendapatkan bitcoin anda, anda mesti memulakan peranti. Private key peranti anda dijana semasa langkah ini. Rakaman ini membimbing anda melalui proses tersebut.


 

ULASAN SIFU

Mereka di KeepKey melakukan kerja yang hebat dengan mewujudkan wallet hardware wallet Bitcoin yang direka indah dan mesra pengguna. Jika anda tidak keberatan tenteng harga, ini adalah produk yang patut dimiliki. Secara peribadi, Sifu menggunakan KeepKey untuk simpanan jangka-masa panjang. Seperti menyimpan di Unit Trust atau ASB, menunggu masa untuk harga Bitcoin melambung naik.

KeepKey sangat-sangat sesuai untuk sesiapa yang jenis menyimpan Bitcoin & pada yang takut kehilangan Bitcoin. Bitcoin yang telah dipindahkan pada wallet KeepKey, ianya tidak akan, tidak boleh macam mana sekalipun dikeluarkan tanpa KeepKey kepunyaan anda, secara online ataupun offline. KeepKey bertindak sebagai peti besi alam digital.

Sifu secara peribadi, menggalakkan penggunaan KeepKey untuk para pelabur & penyimpan dana untuk masa hadapan. Walaupun harganya agak mahal berbanding hardware wallet yang lain, tetapi keteguhan keselamatan yang dimiliki KeepKey adalah keutamaan penyimpanan Bitcoin. Jika anda rasa rugi untuk membeli hardware wallet yang mahal, anda akan rasa lebih rugi jika suatu hari nanti anda akan kehilangan Bitcoin anda di wallet yang lain yang lebih terbuka untuk digodam (“hack”).

HashFlare

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here